Thursday, August 9, 2007

Kalau ada orang lumba dengan KTM komuter

Saya ingin membuat aduan. Dengan harapan bahawa ada individu-individu yang dapat membawa perubahan akan suatu hari meng-google (google kini jika tidak salah saya telah diiktiraf secara rasmi atau tidak sebagai sebuah kata kerja/ verb) perkataan "KTM KOMUTER" maka akan dapatlah aduan ini sampai ke dalam perhatian mereka. Bukan tidak pernah saya fikirkan untuk membuat aduan rasmi di bahagian aduan (complaints column) akhbar-akhbar terkemuka tempatan, namun aduan-aduan yang seringkali dicetuskan oleh para individu yang senasib dengan saya acap kali dilihat namun bukan perubahan yang saya perhatikan malah kemerosotan kualiti. Sehingga saya dapat merumuskan bahawa jika anda ingin membuat latihan kesabaran (anger management), silalah menggunakan khidmat keretapi antarabandar KTM komuter.
Tak perlulah kita mula membandingkan servis KTM komuter dengan MRT-MRT negara-negara asing seperti Singapura, Jepun ataupun London Underground. Perbandingan dengan servis LRT Rapid KL serta monorail juga telah menunjukkan bahawa terlalu banyak yang boleh diperbetul. Terdapat perkara-perkara kecil yang boleh diperbaiki seperti:


  1. Kerusi. Pelbagai jenis orang menggunakan kenderaan awam ini. Maka tindakan LRT menyediakan kerusi-kerusi plastik/ fiber memang boleh dipuji berbanding kerusi kusyen KTM yang saya rasakan kurang praktikal kerana kurang mengambil kira kemungkinan

0 comments (+add yours?)

Post a Comment