Sunday, November 11, 2012
Menyelami Erti Tawakkal
Kelmarin, sahabat lama dari kolej, Dr. Aqtar Mohamed meletakkan
sebuah post di facebook berkenaan sepotong ayat nukilan Jim Rohn, pakar
motivasi Amerika yang berbunyi “life does not get better by chance, it
gets better by change”. Aqtar mengaitkan hal ini dengan konsep tawakkal
yang diamalkan oleh orang Islam dan Melayu di Negara kita ini. Katanya,
“Tie your camel first, then place your trust in Allah!” merujuk kepada
seorang pemuda yang ditegur Rasulullah masuk ke masjid tanpa mengikat
untanya di luar terlebih dahulu (Tirmidhi) atas alasan bertawakkal
kepada Allah. Beliau juga mengingatkan kita tentang kisah para Muhajirin
yang dilarang oleh Baginda Rasulullah s.a.w. untuk menerima segala
harta, aset termasuklah ladang-ladang kurma orang Ansar jika tidak
meletakkan usaha sendiri. Teringat pula ketika zaman persekolahan dulu,
sebagai ahli jawatankuasa keceriaan kelas, saya ditugaskan menghiaskan
kelas dan salah satu potongan abjad kad manila berwarna-warni yang
ditampal pada dinding berbunyi “Usaha + Tawakkal = Kejayaan”.
Ya, memang benar yang acapkali, perbincangan tentang tawakkal diletakkan pada sudut usaha yang perlu mengingiringi tawakkal itu sendiri. Sudah banyak ceramah dan artikel yang kita baca yang menekankan kepentingan usaha di sebalik tawakkal itu. Saya sedia akur dengan realiti ini; secara amnya bukan sukar untuk kita fahami. Namun, selepas kita berbicara persoalan kepentingan adanya usaha itu, bagaimanakah kita mendalami dan menjiwai roh konsep tawakkal itu sendiri? Konsep berserah kepada Allah itu sendiri? Bagaimana pula mengetahui sampai manakah usaha yang diperlukan sebelum kita menerima kegagalan? Bagaimana mengetahui usaha yang dilakukan itu di jalan yang betul? Selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh, salahkah kita untuk menjangkakan usaha kita itu sewajarnya membuahkan hasil yang diingini, secara tidak langsungnya mengurangkan elemen tawakkal kita itu?
Sejak kecil, dalam pembelajaran awal sehinggalah ke peringkat ijazah, kita diajar usaha tangga kejayaan, tetapi harus diselit doa dan secara mutlaknya, tawakkal kepada Allah. Dengan badan yang sihat wala’fiat, makan yang cukup dan latihan yang mencukupi, konsep usaha dan tawakkal mungkinlah bukan sesuatu yang sukar dikecapi dalam hal ini. Kita berusaha sebaiknya, dan hasilnya diserahkan kepada Allah. Jika keputusan tidak memberangsangkan, kita dididik untuk menerimanya sebagai taqdir Allah, dan hikmah di sebaliknya tersedia. Saya terfikir sejenak; mungkinkah lebih sukar menerima keputusan ini, jika kita ditimpa penyakit berpanjangan, atau berada dalam keluarga berpendapatan rendah yang tidak mampu mengenyangkan perut kita atau menyediakan kelengkapan sekolah yang optimum untuk belajar? Mungkinkah kita lebih cenderung menyalahkan nasib dalam konteks ini? Salahkah jika kita lebih sukar menerima konsep tawakkal itu?
Terdapat dua lokasi di dalam Surah Al-Azhab, Allah berfirman “... dan kamu percayakanlah (bertawakkallah) kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil.” (33:3 dan 33:48). Cukup mengesan kalimah-kalimah ini sebenarnya, kalau kita fikirkan. Cukuplah Allah sebagai wakil. Bukan mak ayah kita. Bukan teman paling rapat kita. Bukan adik-beradik kita. Kerana apa? Kerana Allah mengetahui kesemuanya. All-knowing, Al-‘Alim. Dia mengetahui apa yang mereka tidak tahu tetapi kita tahu, dan juga apa yang kita sendiri tidak tahu tentang diri kita.
Lewat ini, pengalaman peribadi tambah-tambah lagi sebagai seorang dewasa yang seharusnya matang, membawa saya kepada 1,001 tanda tanya. Sejauh manakah usaha kita dalam keadaan yang benar-benar sukar? Bagaimana pula bila berhadapan dengan perkara seperti jodoh, mendapat kontrak dalam sebuah tender, ataupun menjalani hidup dengan ibu mertua yang menyukarkan misalnya? Dalam kata lain, bagaimanakah jika kemahuan kita itu perlu selari dengan orang-orang lain, atau faktor-faktor lain, sekaligus mengecilkan ruang yang tersedia buat kita meletakkan usaha kita? Contohnya, dalam mencari jodoh, walaupun dengan mempersiapkan diri di samping usaha mencari, seorang pasangan yang dapat menerima kita masih diperlukan dan kelulusan segala macam pihak masih boleh menjadi halangan. Dalam memenangi kontrak pula, walaupun kertas kerja yang diusahakan pagi petang siang malam sudah menepati piawaian dan harga yang diinginkan pelanggan, pesaing yang menggunakan kenalan dan kabel masih boleh menghalang kejayaan kita. Bukankah faktor2 luar ini mengerdilkan usaha-usaha kita?
Mari kita cuba mencari jawapannya. Bagi mereka yang kerdil tingkat ilmunya, dhaif kefahamannya, dan naik turun imannya seperti saya, marilah kita meneliti bagaimana kita dapat benar-benar menyelami erti sebenar tawakkal itu. Dedikasikanlah salah satu daripada sesi muhasabah diri kita untuk memikirkan kedudukan tawakkal kita, sama ada kita sedang berduka dan merasakan semuanya tidak seperti yang diinginkan, mahupun ketika kita sedang bahagia dan segalanya berjalan lancar buat kita.
Pertama, kita kaji sejauh mana keyakinan kita pada qada’ dan qadar Allah dan kenyataan bahawa Allah itu wakil. Jika difikirkan kembali, tawakkal itu sebenarnya sangat sukar, dan pada masa yang sama, sangat mudah. Saya tertarik dengan kata-kata Suhaib Webb; “tawakkul itu ialah suatu kesedaran bahawa Maha Pencipta kita ada rancangan buat kita. Tawakkul itu juga ialah keyakinan hakiki bahawa rancangan itu, ialah rancangan yang terbaik.” Dengan mudah, saya kira kata-kata sebegini sudah dapat membantu kita meletakkan diri di satu tingkat tawakkal yang lebih tinggi. Carilah, apa sahaja sumber, petikan, hadith, dalil atau nas yang dapat meyakinkan kita.
Kedua, kita menggunakan ujian yang menimpa sebagai mengukuhkan tawakkal dalam diri. Di kala kita berduka, sakit, ataupun diuji dengan pelbagai halangan untuk mendapat apa yang dihajati, usaha mengingatkan diri untuk bertawakkal menjadi lebih sukar. Kita lebih cenderung menyalahkan nasib, merendahkan diri, meletakkan tanggungjawab ke atas bahu orang lain. Kita mencari ketenangan melalui pakar motivasi dan psikologi barat, kita merujuk self-help, novel-novel seperti “eat pray love” dan sebagainya. Tidak salah, kita merujuk kepada antidota-antidota sementara ini. Tidak salah kita berikhtiar mengubati penyakit. Tidak salah kita cuba memotivasikan diri melalui nasihat pakar-pakar psikologi. Tetapi, tiada ketenangan sebenar dan lebih berpanjangan kesannya, selain dari tawakkal kepada Allah s.w.t. Gunakanlah peluang kedukaan ini untuk memperkasakan tawakkal kepada Allah. Paksalah diri, untuk mengucapkan syukur di bibir, meredhai dengan ikhlas cabaran-cabaran yang menimpa, dan meninggikan lagi tingkat iman dan tawakkal itu. Nabi Musa A.S. tegar berdiri di hadapan Laut Merah, dengan askar Fir’aun yang mara di belakangnya, tanpa jalan keluar. Siapa pun akan menyerah kalah dalam keadaan begini! Namun tawakkal baginda terhadap Allah s.w.t. tidak sedikit pun pudar. Cabaran kita kalau dibandingkan dengan keadaan Bani Israel ketika itu memang tidak terbanding. Mengapa kita tidak cuba mengambil walau 20 atau 30 peratus pun keyakinan itu?
Tawakkal merupakan salah satu perbezaan paling ketara antara orang Islam dan orang bukan Islam. Orang Islam percaya Allah itu wakil. Orang Islam yakin rancangan Allah ialah rancangan terbaik. Orang Islam tahu, bunuh diri, putus asa, dan merosakkan diri sendiri, bukan jalan penyelesaian untuk kedukaan. Tiada ruginya kita cuba mendalami, menyelami dan menghidupkan kenyataan-kenyataan yang kita pun sudah sedia maklum ini. Jika sukar, cuba permudahkan. Iringilah dengan do’a. Allah itu Maha Penyayang, dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk hambanya, walaupun kita merasakan diri begitu berdosa maka tidak layak menerima kasih sayangnya itu.
The Messenger of Allah (s) said: “If you trust Allah with the right kind of tawakkul, He will provide you sustenance as He provides for the birds – they go out in the morning with empty stomachs and come back in the evening with full stomachs” (Tirmidhi).
Wallahu’alam, Farhana Roslan

Saturday, October 27, 2012
BILA AKU JATUH CINTA- Syed Qutb
BILA AKU JATUH CINTA
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu

jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
( Syed Qutb )
Saturday, March 24, 2012
Sajak Pertemuan Mahasiswa – W.S Rendra
Matahari terbit pagi ini
mencium bau kencing orok di kaki langit
melihat kali coklat menjalar ke lautan
dan mendengar dengung di dalam hutan
lalu kini ia dua penggalah tingginya
dan ia menjadi saksi kita berkumpul disini
memeriksa keadaan
kita bertanya :
kenapa maksud baik tidak selalu berguna
kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga
orang berkata : “kami ada maksud baik”
dan kita bertanya : “maksud baik untuk siapa ?”
ya !
ada yang jaya, ada yang terhina
ada yang bersenjata, ada yang terluka
ada yang duduk, ada yang diduduki
ada yang berlimpah, ada yang terkuras
dan kita disini bertanya :
“maksud baik saudara untuk siapa ?
saudara berdiri di pihak yang mana ?”
kenapa maksud baik dilakukan
tetapi makin banyak petani kehilangan tanahnya
tanah – tanah di gunung telah dimiliki orang – orang kota
perkebunan yang luas
hanya menguntungkan segolongan kecil saja
alat – alat kemajuan yang diimpor
tidak cocok untuk petani yang sempit tanahnya
tentu, kita bertanya :
“lantas maksud baik saudara untuk siapa ?”
sekarang matahari semakin tinggi
lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala
dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya :
kita ini dididik untuk memihak yang mana ?
ilmu – ilmu diajarkan disini
akan menjadi alat pembebasan
ataukah alat penindasan ?
sebentar lagi matahari akan tenggelam
malam akan tiba
cicak – cicak berbunyi di tembok
dan rembulan berlayar
tetapi pertanyaan kita tidak akan mereda
akan hidup di dalam mimpi
akan tumbuh di kebon belakang
dan esok hari
matahari akan terbit kembali
sementara hari baru menjelma
pertanyaan – pertanyaan kita menjadi hutan
atau masuk ke sungai
menjadi ombak di samodra
di bawah matahari ini kita bertanya :
ada yang menangis, ada yang mendera
ada yang habis, ada yang mengikis
dan maksud baik kita
berdiri di pihak yang mana !
RENDRA
( jakarta, 1 desember 1977 )
Wednesday, January 25, 2012
Best Man Wins
Sometimes
rain pours down
and the tiny million drops would make
the winding path wet, slippery and even longer.....but
some would still step on carefully
placing their feet one after the other
holding to the mist and searching for the rainbow
amidst the cold;
man who hold on to themselves
man who’d maybe down but never beaten
man who knows he’s the best, willing to be and knows that
best man wins.
Each times
rain pours down
and the million tiny drops would turn
into a sea of flood where we’d drown in vain...but
some would reach the surface
gasping the breath and swim for the shore
against the strong current that leads to nowhere;
man who’d die to be the best
never care for what others might say for he knows that
best man wins.
Fight
for the last battle you reach
to the last drop of strength
it is either win and taste the glory
or die... but know
that man won’t die regretting for the wars they fought
man shall rest in peace knowing
he’s the best
an each man who knows he’s the best;
wins.

Labels:
Life Experience
Subscribe to:
Posts (Atom)